FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

2 Feb 2012

PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM)

PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM)

Tuan/puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa berkuatkuasa 1 Januari 2012, Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM telah digantikan dengan Program Transformasi Minda (PTM). Perkara ini selaras dengan
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 tahun 2011, JPA.BK(S) 226/6/16(23).
Sehubungan dengan itu, permohonan bagi mengikuti Program Transformasi Minda untuk semua guru dan anggota kumpulan sokongan boleh dibuat melalui Sistem Latihan & Kemajuan Staf (SiLKS) yang boleh dilayari menerusi laman web Jabatan Pelajaran Johor bermula pada 1 Februari 2012.
(pautan untuk Sistem Latihan & Kemajuan staf boleh dirujuk pada bahagian Aplikasi Online atau klik di sini)
Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan ini boleh diajukan kepada En. Sulaiman bin Basir atau Pn. Zalina binti Osman ditalian 07-2311402 dan 07-2311403. Pertanyaan juga boleh diajukan kepada Pegawai Pembangunan Profesional daerah masing-masing.
Sekian, terima kasih

No comments:

Post a Comment