FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

27 Jan 2012

Kemaskini Data Emis Online Sebelum 30Jan

Kemaskini Data Emis Online Sebelum 30Jan


Kluang, 25 Januari 2012 : Makluman kepada Pengetua dan Guru Besar, untuk perhatian Guru Data Maklumat sekolah, perlu tindakan kemaskini data EMISONLINE sebelum 30 Januari 2012 (Jam 2.00 Petang). Data seluruh Daerah
Kluang akan disatukan pada 30 Januari 2012 (Jam 4.00 petang) untuk dihantar ke JPNJ. Disertakan hasil daripada Mesyuarat Kutipan Data EMISONLINE Januari 2012 maklumat yang perlu dikemaskini oleh GDM pada kadar segera :
- Penempatan Guru-Guru POL
Enrolmen POL perlu dikemaskini selalu
- Status Guru Cuti Bersalin
Perlu dikemaskini untuk unjuran KGSK
Jika sudah mula bertugas, sila tukar semula dalam EMIS
- Opsyen 60 tahun / 58 / 56
Perlu dikemaskini pada kadar segera
- Semakan Ralat
Guna UTILITI EMIS
- GDM yg pernah ikuti kursus Guru Data kemaskini : Kod F01 dalam bidang latihan/Kursus
- Mohon betulkan no telefon sekolah / faks / No. H/Phone
Alamat peribadi dan no telefon / h/phone
Alamat Email sekolah
- Maklumat Guru PJJ (sila tag dan kemaskini bagi guru yang sedang mengikuti Pendidikan Jarak Jauh)
Jika sudah tamatkan PJJ sila uncheck
- Peralatan di sekolah
Table: TSharta
Yg telah lupus sila keluarkan, terdapat harta yang lama seperti kerusi dan meja yang meragukan.
- Koordinat sekolah
Pastikan tepat
Di dalam kawasan sekolah
- Matapelajaran Ajar
Pastikan diisi dan tepat
- Guru mengajar KH, MPV sila kemaskini
- Status Cuti Belajar dan telah penempatan (posting) semula
- Guru interim
- Guru Penempatan (posting) baru ke sekolah
Terima kasih atas bantuan dan sokongan daripada Guru Data Maklumat sekolah, semoga dapat menjayakan dan mengekalkan ke arah maklumat dan data yang sahih dan tepat.

No comments:

Post a Comment